Baiklah. Oleh sebab kesibukan berada di tengah kota raya kuala lumpur aku tidak dapat berblog dengan aktif sebelum ini. Namun semua keadaan itu bakal berubah kerana aku seperti mahu menulis entri di blog setiap hari mulai hari ini.
Pada 6/7/2010 aku telah pon mendaftar secara rasmi menjadi pelajar pascasiswazah di UM. Aku adalah org keenam yang mendaftar untuk Msc by research. Mase nak daftar tu rase cam kartun je. Yela, kalau dulu undergrad sibuk nak fotostat itu ini. nak kene ade itu ini. Tapi untuk master ni senang je nak daftar mungkin sebab aku dah hantar semua dokumen semasa permohonan hari tu.
Aku dah siap siap semua dokumen jam 9 pagi. Tapi aku masih tak pergi daftar sampai la Dr Khaulah yang suruh aku daftar jam 11 pagi. sampai2 ambik nombor. tunggu no dipanggil, cek dokumen. pegi kaunter sebelah bagi resit ke bendahari. kaunter sebelah ambik no matrik kaunter sebelah bagi Xray dan medical check up. Setel. Laju je. Tu yg rase cam kartun tu. hmm.. ape2 la.
Kesibukan aku baru2 ini adalah disebabkan conference di Harbin, China. Thin Film 2010 Conference yang berlangsung dari 11-14 Julai 2010. Sebelum pergi mmg banyak hal yang perlu diselesaikan. Passport, registration fee, accommodation payment, print poster, cari maklumat sikit2......
Langit atas kapal terbang. yg bersinar tu adalah matahari. aku selalu terfikir macam mane la agaknya langit kat atas awan. Lagi gambar dalam fesbuk aku. China - Part 1-4.
Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya sampai ke sana dan pulang semula ke Malaysia. Kat sana aku paling tak selera pergi tandas die. Arghh geli plak rasenye bile memikirkan tandas die yang berbau tak best. Ok, kat Malaysia pon tandas berbau. Tapi takla se-bau tandas di sana. Tandas hotel je ok.
Oh ye, hari ni adalah hari jadi kak siti. Selamat hari lahir kak siti hajar anak encik basri. Semoga panjang umur murah rezeki.
Kalau petang ni jadi ke pasar malam, jom saye belanja keropok lekor dan air seringgit. Jom!
ekymuhammad.blogspot.com
makasi :D