J.O.M (Jom Outing Malaysia)
Pagi tadi aku dah pergi ke outing tersebut yg bertempat di depan Maybank Bukit Bintang. Start pukul 8.00 pagi sampai 12 tgh hari.
Penganjur (
klik). Ramai gak la yang datang. 76 orang.
First time aku dapat berjumpa dengan ramai photographer. Kamera jangan cakapla..masing2 canggih2. Nikon, Canon, Sony....Bayangkan la kami yg begitu ramai tu, kalau ade sepanduk dah macam nak berpiket plak. Oh ye, aku tak bawak En Sony aku, sebab tertinggal kat lab! Kecewe...
bersama Noorizam Sabran (penganjur)
Mase outing tadi dapatla kami semua berkongsi maklumat, pengalaman dan pengetahuan dalam bidang fotografi. Bagaimana elemen2 seni dapat menjadikan gambar anda lebih menarik. Walaupun ringkas, tapi aku dapat sesuatu pada hari ini. Tq to Abg Ijamp.
Ape yang spesel? mari kita tgk gambar ni dulu.
bersama En. Ikram IsmailNi adalah gambar aku ngan En. Ikram Ismail. Tak kenal ke sape die ni?. Selalunya seorang photographer mesti kenal beliau. Beliau ni salah seorang photographer profesional di Malaysia ni. Tadi beliau datang bersama assistant die, abg Sidi (gambar last, dua dari kiri).
Bak kate Abg Ijamp, photographer profesional pon masih ade yg tak dapat jumpe En Ikram Ismail secara berdepan. Nak berborak2 macam yg kitorang buat tadi mmg jauh sekali.
Kire kitorang sangat bertuah la sebab dapat berjumpa dan berkongsi pendapat dengan beliau tadi.
Kalau anda tak kenal beliau sila klik
sini. Okay aku bg hint sikit. Die ni adalah photographer Dato' Siti Nurhaliza semasa kahwin. Die sangat profesional dan very low profile. Very nice!
Kesimpulan, walaupun JOM ni berjalan dengan ringkas, ia amat bermakna bg aku yang masih gile baru dalam bidang amik2 gamba nih. Len kali buat la lagi Ijamp!
aku tinggi, so kene tunduk sket!(dari kiri: tak ingat nama, abg sidi, en ikram, tak ingat nama, abg ijamp, aku)