Site Network: Home | University Of Malaya | Department Of Physics | UM Student Portal

Followers

Ngigau

Aha... ape senyum2, ni mesti korg pon ngigau gak kan? Malam2 tido, tapi cakap bende2 pelik. Ataupun membuat perlakuan2 pelik semasa tido. Semasa mengigau, anda tidak akan sedar ape yg anda lakukan.

Baik, aku mengaku yg aku mengigau. Ek eleh, sape yg tak? Aku mengigau kalau aku penat. Kadang2 kalau tak penat pon aku ngigau gak.

Antara aktiviti mengigau yg diceritakan balik oleh teman sebilik.

  1. Areev19 kate aku ngan Junaidi mengigau bercakap. Macam berbalas-balas cakap dalam tidur. Cubelah korang bayangkan, pukul 2 pagi kitorang berbual, tapi sebenarnye ngigau. Note that aku ngan junaidi satu katil, aku tido atas, die tido bawah (katil ni 2 tingkat, jgn pike memacam). Sorang cakap pasal lain, sorg lagi jawab lain. Agak lucu gak la...
  2. Zul rumate aku time 3rd year kate, die terkejut sebab tetiba malam2 ada org nyanyi. Bile die perhati betul2, rupenye aku yg tgh menyanyi dalam tido. Soundtrack mane aku pon tak tahu.
  3. Kat Matrik dulu, aku tgh tido. Kat tepi aku bebudak tgh bincang pasal fizik. Wave kalau tak silap. Pastu dorg ade masalah. Tetibe aku bangun selesaikan masalah dorg. Pastu aku tido balik. Seriyes aku tak sedar ape2 pon time tu. Obses betul!
  4. Ngigau sambil tunjuk2 kat siling...haha
dan banyak lagi....

Kalau org asal penang pure mengigau dalam loghat dorg bagi aku okla..Tapi kalau dorg tetibe cakap loghat kelantan tak ke pelik....hehe

Kalau aku tgk org lain ngigau aku rase cam lawak plak. Aku tak taula macam mane org gelakkan aku time aku ngigau...haha

itu saje untuk dikongsi...

******

Jawapan semalam

Pada korang yg malas nak tekan view comment ni jawapan yg diberi oleh pengunjung. Thanks to Giant

1. dua2 ikan tu tpt tinggal dia beza. satu air tawar, satu air masin. keli lebih byk dibela dari sembilang. ekor keli pulak lebih kuncup manakala ekor sembilang lebih rata.

2. dewan rakyat diisi oleh ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat (kecuali beberapa org senator yang jadi menteri). dewan negara atas dewan rakyat, diisi oleh senator2, yang akan meminda atau meluluskan sesuatu rang undang2 yang dibuat oleh dewan rakyat sebelum dibawa ke agong.

3. jisim sesuatu bahan adalah sama, berdasarkan kandungan jirim manakala berat adalah daya tarikan graviti terhadap jirim itu. jisim adalah sama di mana2 tetapi berat bergantung kepada graviti i.e. berat di bulan 1/6 berat bumi tapi jisimnya adalah sama.

3 Comments:

  1. Aya Khumyra said...
    This comment has been removed by the author.
    Aya Khumyra said...
    ape barang ngigau. sleep walking lah kool! hahak :))
    hajarr said...
    haha kat asrama dlu semua ada. ada yang mengigau jalan ke dewan makan. ada mengigau cakap arab. ada suka kentot berirrama dalam tidur..lucu la gak.

Post a Comment



.

............*****............

My Blog List