Ku genggam semilir malam Tika rembulan menyinari Lalu ku madahkan Kata cinta nan suci Dan akan ku hembuskannya Tika malam syahdu
Kerana dalamnya Kasih sedalam lautan Setinggi mentari Tak mampu digapai Oleh khayalan insani Cuma dinaluri
Katakan bara melecur diri Bisa memercik jalan nan luka Dengan selasih balut pedih ngeri Tiada berpaling setia
Adalah sejarah jadi saksi Bulan bintang menghangat kasih suci Kita pun terpaut dan bersatu Dalam bebayang mimpi berseri
Ku layarkan asmara Di pelabuhan setia Akan ku rentangkan Sang pelangi suci Yang pastinya anggun di hati Bertamu di kalbu
Sekarang ni, ini adalah lagu yang paling banyak aku dengar (nyanyi gak kot). Lagu ni berjaya ke semi final Anugerah Juara Lagu (AJL). Namun, lagu ini tidak berjaya ke peringkat seterusnya.
Lagu ni...
1.Best
2. Melodi yg best
3. Mainan vokal yg sesuai oleh penyanyi
4. Tidak berlebih lebihan
5. Aku memang suke dengar lagu lagu berentak begini (agak bias)
namun...
1. Rasenye lirik die terlalu lambat nak sampai maksud
2. xdpt masuk final mungkin sebab jac tersalah lirik untuk rangkap pertama.
3. judges x suke lagu ni.
Kalau bleh aku nak lagu ni masuk AJL. Tak menang pon takpe. Yg penting lagu ini dapat dipersembahkan di AJL. Puas!